![]() Dewan Bahasa dan Pustaka mengatasi masalah ini dengan meminjam berpuluh puluh terminologi bahasa Inggeris, contohnya teknologi, ekonomi dan ‘anjakan paradigma’, yang terakhir itu antara terminologi kegemaran Anwar Ibrahim semasa beliau masih berkuasa dan belum lagi diterajang bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor. Seperti kebanyakan bahasa lain, bahasa Malaysia berhadapan dengan cabaran bahasa Inggeris dan kadar ciptaan perkataan dan terminologi yang terlampau pantas. Dalam satu kajian rambang yang dijalankan ke atas 100 rakyat Malaysia, apabila ditanya ‘Apakah maksud ‘dirgahayu’?’, 97 responden memberikan jawapan ‘tidak tahu’ manakala 3 yang lain merupakan pengarang tetap Kamus Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Setakat apa yang kami ketahui, perkataan ini berkait dengan raja, tetapi maksud sebenarnya tidaklah kami tahu. Antara perkataan yang jarang digunakan serta kurang difahami ialah ‘dirgahayu’. Eksperimen bahasa baku yang dipelopori Anwar Ibrahim merupakan antara kegagalan yang paling ketara di antara seluruh eksperimen sosial pembentukan masyarakat Malaysia. ![]() Salah satu sebab ialah penggunaan bahasa pasar dalam pertuturan seharian kita yang tidak akan dapat diubah. Terlalu banyak perkataan baru yang kita tak pernah terlintas. Sekali rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dan kita dapati bahasa Malaysia yang kita kenali adalah seperti bahasa asing yang perlu diterjemah untuk difahami.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |